MELAKA 12 Feb. – Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan enam ahli keluarganya pada tahun 2017. Mohd. Izhar Jalil, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pertama dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa telah mencederakan lima saudaranya iaitu Muhammad Fitri Noorisham, 17; Mohd. Abdul Shukor, 35; Mohd. Jani Rahim, 50; Sibedah Baba, 57, dan Abdul Rahman…