LONDON 8 Feb. – Polis mengesahkan mayat yang ditemukan dalam bangkai pesawat yang terhempas di Selat Inggeris adalah pemain Cardiff City, Emiliano Sala. BBC melaporkan, Sala, 28, yang dalam perjalanan ke Cardiff menaiki pesawat ringan yang dipandu oleh David Ibbotson dilaporkan hilang di Selat Inggeris pada 21 Januari lalu. Mayat tersebut dibawa keluar semalam selepas bangkai pesawat itu ditemukan pada pagi Ahad lalu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak polis, mayat…










