BUKAN sahaja terkenal sebagai pelakon berkarakter, jelitawan bernama Maya Karin juga cukup sinonim dengan keprihatinannya terhadap isu alam sekitar. Seiring mandat yang dipegangnya sebagai Duta River of Life, pelakon filem Munafik 2 itu menyeru agar orang ramai menjaga kebersihan sungai. Masakan tidak, ketika menyertai aktiviti gotong-royong di Sungai Batu, Gombak baru-baru ini, dia terkejut apabila lambakan sampah sarap yang tidak sepatutnya dijumpai di tepi dan dalam sungai seperti botol plastik,…










