Maut ditimpa forklift - Utusan Malaysia

Maut ditimpa forklift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Seorang lelaki warga Bangladesh menemui ajal selepas dihempap jentera angkat susun dikendalinya dalam kejadian di Kampung Pasir, Semenyih, petang tadi.

Kad pengenalan mangsa.
Kad pengenalan mangsa. 

Ketua Balai Bombda dan Penyelamat Semenyih (BBP), Zainal Elias Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.32 petang sebelum mengejarkan sepasukan lima pegawai dan anggota ke tempat kejadian.

“Kejadian berlaku di Jalan Sungai Lalang berhampiran ladang burung kasawari, di sini dipercayai pada pukul 5 petang.

“Mangsa dikenali sebagai Azmir, 21, dihempap ‘forklift’ tersebut pada bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari klinik berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, mayat mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan beg angin atau ‘air bag’ sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN