Masalah permit bas sudah diatasi - APAD - Utusan Malaysia

Masalah permit bas sudah diatasi – APAD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berjaya mengatasi masalah kelewatan pembaharuan permit bas seperti yang diutarakan beberapa persatuan pengusaha bas baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, agensi itu memberitahu perkara tersebut telah diatasi sepenuhnya bulan ini apabila semua proses pembaharuan permit dapat diselesaikan mengikut garis masa yang ditetapkan.

“APAD ingin menjelaskan bahawa perkara ini berlaku disebabkan proses peralihan kuasa dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kepada APAD.

“APAD juga telah mengadakan perjumpaan dengan pihak persatuan pada 18 Februari berhubung dengan isu ini. APAD mengalu-alukan pengendali untuk berhubung terus dengan mana-mana pejabat APAD yang berdekatan untuk membuat semakan atau pertanyaan sekiranya terdapat permohonan yang masih belum diselesaikan,” katanya.

Pada 13 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan rintihan daripada Gabungan Peng­usaha Bas Express Semenanjung yang mendakwa sebanyak 30 peratus peng­usaha bas melibatkan semua kategori industri pe­ngangkutan itu berdepan risiko ‘gulung tikar’ berikutan ke­lewatan pembaharuan permit oleh­ Kementerian Pengangkutan.

Pengerusinya, Tajarul Yusmi Mohd. Yusup berkata, kelewatan itu juga sekali gus mengakibatkan pe­ngoperasian bas berkenaan terjejas sejak September tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN