KUALA LUMPUR 8 Feb. – Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya terus mempertahankan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan yang dimilikinya dari Cambridge International University (CIU) Amerika Syarikat. MARZUKI Jelas Marzuki, beliau juga tidak pernah berniat untuk menggambarkan dirinya mendapat pendidikan di University of Cambridge. “Seikhlasnya, niat saya ketika itu ialah untuk menimba ilmu kontemporari dan terkini mengenai industri perkapalan dan logistik di negara maju, termasuklah di Amerika Syarikat. “Harapan saya…










