Malaysia kecewa di Phnom Penh - Utusan Malaysia

Malaysia kecewa di Phnom Penh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Malaysia yang turun tanpa pasukan terkuat dan berdepan pelbagai ujian sebelum berlepas ke Phnom Penh akhirnya ditunjukkan jalan keluar dalam Piala AFF Bawah 22 (B-22) biarpun meraih kemenangan pertama, hari ini.

Anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee menumpaskan Myanmar 1-0 di Stadium RSN, malangnya kemenangan itu sudah tidak bermakna selepas Indonesia pula menumpaskan Kemboja 2-0 dalam satu lagi perlawanan yang diadakan serentak.

Itu bermakna, Indonesia mengiringi Kemboja ke separuh akhir selaku dua pasukan teratas Kumpulan B, sedangkan Malaysia yang pincang sejak awal sekadar menghuni tangga ketiga.

“Amat mengecewakan terkeluar daripada peringkat seterusnya tetapi kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana kita gagal mendapatkan mata dalam perlawanan pertama dan itu adalah pengajaran paling berguna.

“Selepas ini kita kena memikirkan tentang kelayakan AFC dan bersiap sedia lebih awal. Saya percaya pemain telah membuktikan dengan semangat yang tinggi mereka boleh bermain baik,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN