LIMA 16 Feb. – Sekumpulan ahli arkeologi menemukan makam kaum Inca di utara negara ini, di mana anggota elit empayar pra-Columbia dikebumikan. Menurut ahli arkeologi, Luis Chero, penemuan itu dibuat di tapak galian Mata Indio, utara wilayah Lambayque. Ahli arkeologi percaya makam itu milik seorang bertaraf bangsawan berdasarkan penemuan ‘spondylus’, sejenis cangkerang laut yang sering berada dalam makam individu penting dari era Inca sekitar abad ke-12 hingga 16. – AFP









