Majlis Graduasi Darul Ilmi MAIWP, Rabu ini - Utusan Malaysia

Majlis Graduasi Darul Ilmi MAIWP, Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bakal mengadakan Majlis Graduasi Darul Ilmi kali kedua 2019 di Darul Ilmi MAIWP, Kampung Sungai Penchala, di sini pada Rabu ini.

MAIWP dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, acara yang bermula pada pukul 11 pagi itu bertujuan meraikan seramai 20 pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di institusi pendidikan Islam itu.

“Darul Ilmi merupakan sebuah pusat pengajian agama secara intensif kepada warga emas berusia 55 tahun ke atas.

“Ia memberi peluang kepada warga emas mendalami ilmu agama dalam ruang lingkup persaraan yang ada sebagai persediaan di hujung usia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, konsep pengajian yang unik menjadikannya sebagai institusi pertama seumpamanya di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN