MAIPs bantu pelajar asnaf - Utusan Malaysia

MAIPs bantu pelajar asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 26 Feb. – Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan memastikan semua pelajar daripada keluarga asnaf tidak tercicir daripada mendapat pendidikan secara berterusan, meskipun mereka tergolong dalam kumpulan miskin tegar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalul­lail bertitah, mereka terlibat akan dibantu menerusi agihan zakat MAIPs secara berperingkat.

“MAIPs merasa bertanggungjawab untuk membantu mereka bagi mengatasi masalah kewangan, sama ada di peringkat pengajian sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi.

“Oleh itu, tiada sebab mereka tercicir daripada menerima agi­han zakat kerana sebagai asnaf golongan ini berhak menerimanya,” titah baginda selepas berkenan menyerahkan sumbangan kecil MAIPs kepada masjid yang terletak di Pusat Kebudayaan Islam, Liga Muslim Brussels, Belgium baru-baru ini.

Baginda yang juga Cancelor Universiti Malaysia Perlis (Unimap) berada di Brussels menge­tuai program Jelajah Ilmu Unimap.

Berangkat sama anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Difahamkan, kerajaan Belgium membenarkan bangunan kompleks tersebut digunakan oleh masyarakat Islam selama 100 tahun. Terdapat lebih daripada 100 masjid di sekitar Brussels.

Kerajaan Belgium membiayai bayaran guru-guru agama bagi menjayakan kelas agama Islam selama dua jam seminggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN