Pengamal media perlu mengelak daripada sekadar mengamalkan sikap ‘armchair reporting’ bagi menyampaikan berita lebih tepat kepada masyarakat, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mahfuz Omar. Katanya, laporan tidak tepat, lebih-lebih lagi yang tidak benar akan menyebabkan masyarakat berada dalam situasi tidak tenteram dan selamat. “Wartawan adalah golongan berilmu dan seharusnya membantu kerajaan menyampaikan maklumat benar dan tepat. Sebagai golongan berpengalaman, wartawan mempunyai tanggungjawab terhadap negara,” katanya dalam ucapan ringkas pada majlis…