MAHB komited tingkat sistem bagasi KLIA - Utusan Malaysia

MAHB komited tingkat sistem bagasi KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 26 Feb. – Malaysia Airports Hol­dings Berhad (MAHB) komited dalam mempertingkatkan prestasi sistem pengendalian bagasi (BHS) di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selaras dengan tuntutan semasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengurus Besar Komunikasi Korporat MAHB, Nik Anis Nik Zakaria berkata, langkah itu termasuk menggantikan BHS di terminal utama lapangan terbang berkenaan secara berfasa dalam tempoh tiga tahun iaitu sehingga 2022.

NIK ANIS NIK ZAKARIA
NIK ANIS NIK ZAKARIA 

“Sistem bagasi di terminal utama telah mencecah 20 tahun dan sekarang kita hendak menaik taraf dan menggantikan sistem di lapangan terbang itu.

“Kita komited sepenuhnya dalam menggantikan sistem berkenaan dengan teknologi yang lebih canggih untuk menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna,” kata­nya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengenalan BHS Kepada Media di KLIA2, terminal kedua lapangan terbang tersebut hari ini.

KLIA yang beroperasi pada 1998 telah merekodkan 14.8 juta penum­pang setahun de­ngan purata 40,516 penumpang sehari serta 11.5 juta bagasi setahun dengan kira-kira 32,000 bagasi sehari.

Selepas 20 tahun beroperasi diikuti pembukaan KLIA2 pada 2014, jumlah penumpang me­ningkat kepada 60 juta orang dan 31 juta bagasi pada tahun lalu.

Mengulas lanjut, Nik Anis memberitahu, pengendali lapangan terbang itu dijangka memperuntukkan pelaburan antara RM250 juta hingga RM300 juta bagi sistem berkenaan.

Menurutnya, sistem baharu bagi kendalian bagasi itu juga adalah bagi memastikan kecekapan proses pemeriksaan kese­lamatan bagasi penumpang.

“Setakat ini, pres­tasi mengikut masa (OTP) bagi ketibaan bagasi di KLIA berdasarkan perjanjian perkhidmatan (SLA) untuk beg pertama adalah pada tempoh 20 minit bagi terminal utama dan 25 minit untuk bangunan satelit.

“Dengan penggunaan sistem kendalian bagasi yang baharu, MAHB yakin proses kendalian bagasi dapat dipercepat dan dikurangkan kepada bawah 10 minit bagi beg pertama di bangunan terminal utama dan satelit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN