PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi yang ditubuhkan untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat. Pengumuman pelantikan dan penubuhan majlis yang dianggotai seramai 16 orang ahli itu dibuat dalam satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. Kenyataan itu berkata, sekretariat bagi majlis tersebut adalah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri dan pelantikan berkuat kuasa serta-merta. Menurut kenyataan itu, matlamat utama Majlis Tindakan Ekonomi adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi mampan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya