KUALA LUMPUR 8 Feb. – TNB Energy Services (TNBES) melalui anak syarikatnya, Maevi Sdn. Bhd. (Maevi) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Protasco Berhad (Protasco), Tan & Tan Development Bhd. (Tan & Tan Development) dan Diversifed Gateway Berhad (DGB) bagi sistem pengurusan tenaga dan projek rumah pintar. Protasco dan Tan & Tan Development merupakan syarikat berkaitan hartanah sementara DGB adalah syarikat perunding perisian dan kejuruteraan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan…










