KUALA LUMPUR – Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang mengalami masalah teknikal membabitkan sistem isyarat perkhidmatan pagi tadi telah kembali seperti sediakala.
Rapid KL menerusi akaun Twitter rasminya memaklumkan, masalah berkenaan sudah diatasi dan perkhidmatan kini pulih sepenuhnya.
Pagi tadi ribuan pengguna yang hendak ke tempat kerja terkandas disebabkan masalah berkenaan. – K! ONLINE
View this post on InstagramA post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online) on










