IPOH – Laluan arah utara dari Slim River ke Sungkai ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan kebakaran sebuah lori tangki minyak di KM372 Lebuhraya Utara – Selatan pagi ini.
Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang mahu ke utara dinasihati menggunakan laluan alternatif sebelum sampai ke Slim River.
Jurucakap PLUS ketika dihubungi Bernama berkata, kemalangan berlaku pada 8.50 pagi kira-kira 50 meter selepas Plaza Tol Slim River, melibatkan dua buah lori.
“Sebuah lori terbabit turut melintangi lebuh raya dua lorong itu,” katanya. – Bernama










