Lima cedera, bas rempuh treler - Utusan Malaysia

Lima cedera, bas rempuh treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Lima penumpang sebuah bas ekspres cedera ringan selepas bas dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 294 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Gopeng awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dengan bantuan BBP Tapah telah bergegas ke lokasi kejadian  selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.10 pagi.

“Lima mangsa cedera ringan manakala 11 penumpang yang lain termasuk pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

“Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya dibawa menggunakan EMRS (Perkhidmatan Perubatan Kecemasan) dan ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan,” katanya dan menambah tidak mempunyai maklumat destinasi bas tersebut.

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 1.47 pagi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN