LANGKAWI – Sebanyak 31 negara telah mengesahkan penyertaan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) yang dijadualkan pada penghujung bulan depan. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, 12 negara telah mengesahkan penyertaan secara berkumpulan atau pavilion negara iaitu Australia, Belarus, China, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat. “Turki, negara yang terkenal mempunyai industri pertahanan yang baik memiliki pavilion terbesar pada LIMA’19 dengan keluasan…