Liga Super: JDT tundukkan Melaka United 2-1 - Utusan Malaysia

Liga Super: JDT tundukkan Melaka United 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) meneruskan langkah kanan dengan bergaya apabila berjaya menundukkan Melaka United 2-1 pada kempen Liga Super di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin di sini malam ini.

Gol pembukaan perlawanan hadir pada minit ke-34 selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Melaka dan skuad Harimau Selatan dihadiahkan sepakan penalti.

Pemain import JDT, Gonzalo Gabriel dengan mudah menyempurnakan sepakan menghasilkan gol pertama pasukan tuan rumah.

Selang tujuh minit, JDT sekali lagi menghukum pasukan pelawat apabila pemain sensasi, Muhammad Safawi Rasid menghadiahkan gol kedua selepas berjaya membawa bola melepasi kubu lawan sekaligus meledakkan gol dengan sepakan deras.

Tersentak dua gol pada separuh masa pertama, anak buah Zainal Abidin Hassan menggandakan asakan sehingga menghasilkan pada minit ke-73 hadiah sentuhan Patrick Reichelt.

Kemenangan 2-1 itu menghadiahkan tiga mata penuh buat JDT  sekaligus JDT menperbaiki kedudukan semasa dan kini menghuni tangga kedua Liga Super. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN