KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Arul Selvaraj tidak bimbang peluang mereka bergelar juara Liga Hoki Malaysia (MHL) 2019, sebaliknya lebih gusar mengenai jumlah kad kuning dikutip barisan pemainnya. Juara Piala TNB musim lalu itu ketika ini mengungguli carta liga dengan 19 mata, cuma berkelebihan satu mata di hadapan pasukan tempat kedua, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan enam mata dengan Pasukan Hoki Terengganu (THT) yang sedang menduduki tangga ketiga. Sehubungan itu, Arul menggesa para pemainnya agar bebas daripada penggantungan perlawanan selain masalah kecederaan yang dilihat boleh menjejaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya