NEW DELHI 23 Feb. – Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dalam satu letupan di sebuah kilang mercun haram di utara negara ini.
Insiden di daerah Bhadohi, negeri Uttar Pradesh mengakibatkan kerosakan berskala besar.
Menurut seorang pegawai polis tempatan, kilang berkenaan beroperasi di sebalik perniagaan permaidani. – AFP










