Lelaki rentung dalam kebakaran di Triang - Utusan Malaysia

Lelaki rentung dalam kebakaran di Triang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA – Seorang lelaki Cina ditemui rentung dalam satu kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Kampung Baru, Triang, di sini malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, Low Ching Hock, 50-an, ditemui meninggal dunia di dalam sebuah bilik daripada salah satu rumah yang terbakar.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superitendan Mansor Samsudin berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring akibat dihempap oleh rak buku.

“Sebaik pihak bomba selesai memadam api, mangsa yang telah meninggal dunia dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat pukul 1.15 pagi tadi.

“Bedah siasat dilakukan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi untuk mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN