Lelaki pedofilia serang 276 kanak-kanak dipenjara 60 tahun - Utusan Malaysia

Lelaki pedofilia serang 276 kanak-kanak dipenjara 60 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA 14 Feb. – Seorang lelaki berusia 30-an yang melakukan serangan seksual terhadap 276 kanak-kanak dan remaja di Colombia dijatuhkan hukuman penjara 60 tahun, semalam.

Lapor AFP, mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap Juan Carloz Sanchez selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak dan remaja bawah umur serta menjual video itu kepada ‘rakan sekutunya’.

Tertuduh yang bergerak menggunakan nama samaran ‘Fierce Wolf’ dilaporkan mempedaya mangsa di pusat beli-belah di sekitar Barranquilla dengan menawarkan wang sebelum mengajak mereka menemaninya dan melakukan perbuatan terkutuk itu. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×