SUNGAI PETANI 1 Feb. – Sebuah kedai emas di Jalan Ibrahim, di sini kerugian kira-kira RM1,500 setelah disamun seorang lelaki berbadan gempal hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian pada pukul 11.15 pagi ini, suspek dikatakan meluru masuk ke dalam kedai berkenaan dengan memakai topi keledar berpenutup penuh sebelum bertindak memecahkan cermin ruang pameran. Menurutnya, suspek dipercayai menghentak cermin tersebut dengan penukul besi lalu terus melarikan seutas rantai leher. “Suspek juga memegang satu objek yang menyerupai sepucuk pistol dipercayai bagi tujuan menakut-nakutkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya