Legoland sasar pasaran baharu - Utusan Malaysia

Legoland sasar pasaran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Legoland Malaysia Resort (Legoland Malaysia) menyasarkan pelancong daripada pasaran berpotensi baharu seperti India dan Asia Barat dalam menyokong pertumbuhan kumpulan pada masa hadapan.

Pengurus Besarnya, Kurt Stocks berkata, pengunjung tempatan merupakan penyumbang utama ke taman tema berkenaan diikuti pelancong dari negara jiran, Singapura disebabkan lokasi Legoland itu sendiri.

“Malaysia menerima ramai pelancong dari India, bagaimanapun mereka lebih tertumpu di kawasan sekitar Lembah Klang berbanding Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru itu, kami akan mewujudkan inisiatif dalam menarik lebih ramai pengunjung berpotensi dalam kalangan mereka untuk berkunjung ke Legoland.

“Menerusi pelancaran tarikan baharu, Sea Life Malaysia yang bakal menerima kunjungan sulung pada April ini dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung selain usaha kami menaik taraf hotel Legoland,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat media bagi perancangan tahun 2019 Legoland Malaysia di di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Pemasaran Legoland Malaysia, Thila Munusamy.

Legoland Malaysia turut mene­rima kunjungan pelancong dari China, Australia, Taiwan, Thailand, Filipina dan Korea.

Menurut Stocks, Legoland Malaysia berusaha memacu pertumbuhan syarikat menerusi pelancaran pas tahunan baharu melalui penyelarasan semua tiket menjadi pas tahunan.

“Kami menawarkan satu pas tahunan pada harga tiket untuk sehari buat pemegang MyKad terdiri daripada pas Single-Park dan pas Triple-Park.

“Harga bagi pas Single-Park adalah RM219 untuk dewasa dan RM175 (kanak-kanak) sementara pas Triple-Park berharga RM263 (dewasa) dan RM209 (kanak-kanak),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×