Leclerc enggan lepas peluang - Utusan Malaysia

Leclerc enggan lepas peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANELLO – Pelumba baharu pasukan Formula Satu (F1) Ferrari, Charles Leclerc berharap peluang bergandingan dengan Sebastian Vettel akan dimanfaatkan sebaik mungkin selain mahu tampil dengan penuh keyakinan tanpa sebarang tekanan pada saingan musim ini.

Sebagai rekod, Leclerc yang baru berusia 22 tahun telah di­pilih untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Kimi Raik­konnen yang mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan Sauber pada musim ini.

Leclerc berkata, dia bergelar sebagai pelumba No. 2 kerana Vettel merupakan juara dunia seba­nyak empat kali dan perlu diberi penghormatan sebagai pemandu yang lebih senior.

“Saya sangat gembira dapat mengesahkan kedudukan sebagai salah seorang pelumba utama pasukan Ferrari bermula musim ini. Ia ialah impian saya sejak kecil dan peluang yang diberikan tidak boleh dilepaskan.

“Apa yang pasti, saya akui agak gementar apabila menye­dari bahawa rakan gandingan saya ialah Vettel. Namun, saya percaya dia ialah seseorang yang boleh memberikan ilmu baharu memandangkan dia memiliki pengalaman yang cukup luas.

“Saya tidak sabar untuk memulakan saingan musim baharu dan sebagai pelumba muda saya berharap dapat bersaing tanpa sebarang tekanan,” kata bekas pelumba pasukan Sauber itu.

Leclerc ditemui ketika majlis memperkenalkan jentera baharu Ferrari untuk musim 2019 yang diberi nama SF90 di ibu pejabat automotif mereka di Maranello, Itali kelmarin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN