Kurangkan penjawat awam: Warganet tidak puas hati - Utusan Malaysia

Kurangkan penjawat awam: Warganet tidak puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Feb.- Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengurangkan saiz penjawat awam di negara ini mendapat kritikan daripada warganet yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Meskipun, Dr. Mahathir menjelaskan mahu membangunkan negara terlebih dahulu sebelum langkah tersebut diambil seperti memperkasakan bidang pembuatan supaya pekerja dapat berpindah dari sektor kerajaan ke sektor swasta, namun warganet terus mempersoalkan langkah tersebut.

Seorang warganet yang dikenali sebagai Muhdfauwaz Panzer meramalkkan bahawa kenyataan Dr. Mahathir adalah petanda awal rakyat akan menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Komen atuk (Dr. Mahathir) adalah petanda awal PH bakal kehilangan banyak undi pada masa kini dan akan datang,” katanya.

Seorang lagi warganet, Ramlah Muhamad turut menyelar langkah kerajaan dengan mendakwa bahawa kerajaan PH adalah penipu dan diharapkan rakyat menolak pimpinan tersebut pada PRU akan datang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN