KUALA LUMPUR 1 Feb. – Sudahlah wang dikebas, dua ekor kucing termasuk baka British Shorthair yang dijual di situ juga turut dilarikan penjenayah. Itu nasib dialami oleh pemilik kedai haiwan peliharaan yang mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas tiga lelaki bersenjata menyerbu masuk premis perniagaannya yang terletak di Jalan Bandar 2, Taman Melawati pada malam Rabu lalu. Dalam kejadian pukul 7.05 malam itu, empat pekerja berada di dalam kedai tersebut sebelum tiga lelaki memakai topi keledar berpenutup muka dipercayai warga tempatan menyerbu masuk dengan seorang daripada mereka bersenjatakan parang. Seorang daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya