KPJ BDOSH RM250 juta dibuka semalam - Utusan Malaysia

KPJ BDOSH RM250 juta dibuka semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 20 Feb. – Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn (KPJ BDOSH) yang dibangunkan di atas tanah seluas 5.34 hektar di sini dengan kos keseluruhan lebih RM250 juta memulakan operasinya bermula semalam.

Presiden dan Pengarah Eksekutif KPJ Healthcare Bhd. (KPJ), Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata, KPJ BDOSH menawarkan lima teras perkhidmatan penjagaan kesihatan iaitu perubatan ortopedik, geriatrik, onkologi, kardiologi dan pusat rawatan wanita dan kanak-kanak.

Menurutnya, KPJ BDOSH merupakan hospital pakar KPJ yang keenam di Johor dan ke-26 dalam rangkaian hospital KPJ di Malaysia, pada masa ini mempunyai sembilan doktor konsultan residen dan 23 doktor pelawat.

Memuatkan artikel berkaitan…
PRESIDEN dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (dua dari kanan) diiringi Presiden
PRESIDEN dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (dua dari kanan) diiringi Presiden dan Pengarah Eksekutif KPJ, Datuk Amiruddin Abdul Satar (tiga dari kanan) beramah mesra bersama seorang kanak-kanak yang menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Bandar Bandar Dato’ Onn semalam. – UTUSAN ONLINE

“Hospital ini menawarkan 12 klinik pakar yang disokong oleh perkhidmatan sokongan seperti Perkhidmatan Pengimejan Digital (DIS), Kimoterapi, Fisioterapi dan makmal,” katanya berucap sempena pembukaan KPJ BDOSH di sini semalam.

Sempena pembukaan KPJ BDOSH turut diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif – Strategik KPJ, Aminuddin Dawam dan Ketua Pegawai Eksekutif KPJ BDOSH, Asmadi Mohd Bakri.

PRESIDEN dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (dua dari kanan) diiringi Presiden
PRESIDEN dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (dua dari kanan) diiringi Presiden dan Pengarah Eksekutif KPJ, Datuk Amiruddin Abdul Satar (dua dari kiri) meninjau kemudahan perkhidmatan CT Scan di Hospital Pakar KPJ Bandar Bandar Dato’ Onn semalam. – UTUSAN ONLINE

Amiruddin berkata, menerusi pembukaan hospital itu, beliau yakin mampu membantu kumpulan KPJ untuk meneruskan momentum bagi mengukuhkan kehadiran dan kedudukannya di wilayah selatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×