SHAH ALAM – Koperasi Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) mengambil inisiatif bagi membantu usahawan dengan menawarkan pakej penuh trak makanan atau ‘food truck’ pada harga serendah RM26,500. Pengurusnya, Mohammad Syukri Ismail berkata, penawaran harga itu meliputi insuran, cukai jalan, permit kenderaan serta peralatan perniagaan seperti meja operasi, tangki air bersih, sinki dan pelbagai aksesori lain. Katanya, harga bagi pakej penuh di pasaran sedia ada untuk trak makanan itu boleh mencecah sehingga…