PUCHONG 11 Feb. – Kewujudan ‘kilang haram’ yang beroperasi di kawasan perumahan Taman Kandan Lama di sini didakwa semakin berleluasa sehingga menganggu ketenteraman penduduk sejak lebih dua tahun lalu. Bukan sahaja beroperasi sehingga lewat malam, premis rumah yang diubah menjadi premis komersial itu turut mencacatkan pemandangan perumahan tersebut. Dianggarkan lebih daripada 40 buah rumah kini ‘bertukar’ menjadi kilang yang kebanyakannya beroperasi sebagai tempat pemprosesan dan penyimpanan besi buruk. HENRY TEOH…









