Khedira selamat jalani pembedahan jantung - Utusan Malaysia

Khedira selamat jalani pembedahan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 20 Feb. – Pemain tengah Juventus, Sami Khedira selamat menjalani pembedahan jantung dan bakal terlepas perlawanan untuk tempoh sebulan, umum juara Serie A, Juventus hari ini.

Anggota skuad Jerman yang muncul juara Piala Dunia 2014 itu sudahpun diketepikan daripada saingan Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid, awal pagi ini selepas dikesan mengalami degupan jantung tidak tetap (arrhythmias).

Juventus dalam kenyataannya hari ini berkata, pemain berusia 31 tahun itu dibedah oleh pakar kardiologi kelab, Fiorenzo Gaita di Turin pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas tempoh pemulihan yang singkat, (Khedira) akan dapat meneruskan aktivitinya kira-kira dalam tempoh sebulan,” kata kelab.

Bekas bintang Real Madrid itu menjalani rawatan selepas merasakan degupan jantungnya tiba-tiba menjadi cepat ketika menjalani latihan, Selasa lalu.

Keadaan ini menyebabkan kadar denyutan jantung tidak teratur dan cepat. Ia boleh menyebabkan pening, sesak nafas serta keletihan.

Khedira akan terlepas perlawanan menentang pencabar utama Serie A, Napoli pada 3 Mac, diikuti saingan timbal balik Liga Juara-Juara menentang Atletico pada 12 Mac. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×