Khalid mahu TV3 tarik laporan - Utusan Malaysia

Khalid mahu TV3 tarik laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menafikan laporan stesen televisyen TV3 yang mendakwa beliau telah menarik balik cadangan menjadikan Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai laluan pejalan kaki.

Sebaliknya, kata Khalid, apa yang disebut oleh beliau ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melakukan penilaian terhadap cadangan tersebut.

“Berita itu bukan sahaja tidak tepat dari segi apa yang saya katakan bahkan memutarbelitkan kenyataan saya.

“Sehubungan itu, saya meminta TV3 memperbetul laporan Buletin Utamanya dan menarik balik laporan tidak benar itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khalid sebelum ini mengumumkan Jalan Tuanku Abdul Rahman akan ditutup daripada sebarang kenderaan kecuali bas awam bermula 15 Mac ini.

Sementara itu, menurut Khalid, DBKL kini dalam proses mengkaji pilihan pelaksanaan jalan yang terkenal sebagai kawasan beli-belah itu sebagai laluan pejalan kaki dengan mengadakan perbincangan bersama pihak-pihak yang terlibat.

“Kita akan umumkan bentuk pelaksanaannya seminggu sebelum tarikh yang ditetapkan iaitu pada 15 Mac 2019,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN