KUBU Sultan Qaitbay, Iskandariah, Mesir merupakan salah sebuah lokasi pelancongan yang menjadi lubuk rezeki kepada penduduk setempat. Di situ pelbagai gelagat peniaga yang terdiri daripada anak-anak muda dan anak-anak kecil memancing pelancong supaya membeli barang jualan mereka. Ada yang menjual aiskrim, makanan atau minuman ringan, khidmat menyewa pakaian penari Arab Mesir untuk merakam foto, cenderamata dan banyak lagi. Dalam kalangan penjual itu, gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang menjual belon dikenali…










