SUBANG JAYA 3 Feb. – Lebih 300,000 penagih ketamin terputus bekalan selepas polis menahan tiga lelaki tempatan dan merampas 92.7 kilogram (kg) dadah tersebut dalam dua serbuan berasingan di Subang Jaya dan Sungai Buloh, kelmarin. Timbalan Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Deputi Komisioner Zulkifli Ali berkata, serbuan antara pukul 7.40 malam dan 8 malam itu dijalankan pasukan JSJN Bukit Aman dengan bantuan JSJN Selangor. ZULKIFLI ALI Katanya, dadah yang diisi dalam tiga guni berisi 90 peket teh cina itu bernilai RM5.6 juta dan merupakan rampasan terbesar pada tahun ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya