KERJASAMA UMNO-Pas adalah kerjasama dan persefahaman politik yang masih baharu. Ia belum lagi menjadi satu kerjasama formal dan insya-Allah akan bertumbuh dan mengukuh secara organik sesuai masa. Meskipun dalam peringkat awal, ia telah membuahkan hasil memberangsangkan setakat ini terutama bila ia melibatkan isu-isu strategik Islam dan Melayu. UMNO sangat memahami halangan yang timbul untuk menjayakan apa jua kerjasama politik. Setiap parti ada kekangan masing-masing dan halangan yang wujud adalah normal…










