JOHOR BAHRU 15 Feb. – Malang tidak berbau apabila tiga pelanggan sebuah restoran 24 jam di Jalan Limbat, Skudai di sini, nyaris maut apabila dirempuh sebuah kereta ketika makan dalam kejadian pukul 9.20 malam tadi. Dalam kejadian tersebut pemandu Toyota Camry berusia 50 tahun itu gagal mengawal keretanya lalu merempuh tiga pelanggan, meja dan kerusi yang diletak di parkir restoran berkenaan. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, kereta itu hanya terhenti apabila melanggar sebuah van yang diparkir di kawasan berhampiran manakala ketiga-tiga mangsa terbaring…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya