IPOH 27 Feb. – Kerajaan negeri menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya nama Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini telah ditukar kepada Jalan Koo Chong Kong. Dakwaan itu timbul selepas tersebar surat rasmi mengenai pertukaran alamat Jabatan Kesihatan negeri yang sebelum ini menggunakan alamat Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab ke alamat baharu iaitu Jalan Koo Chong Kong. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pertukaran alamat baharu itu bertujuan mengemas kini serta menyeragamkan alamat pejabat Jabatan Kesihatan Perak untuk kemudahan orang ramai termasuk urusan surat-menyurat. “Pertukaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya