ADA yang berbisik-bisik kepada Mary Jane baru-baru ini perihal tentang pelakon yang satu ini. Berita tersebut tidaklah mengejutkan tetapi sebenarnya membuatkan ramai yang berfikir apakah sebenarnya yang terjadi kepada Nazim Othman. Jika ada yang menjadi pengikut Instagram miliknya, pasti tahu serba sedikit perjalanan hidupnya sejak bergelar duda. Kalau selalu sangat ‘berangan’ tu tentunya membuatkan orang pelik dan tertanya-tanya adakah dia okey. Mary tak ada masalah dengan gambar atau pun kapsyen…










