KUALA LUMPUR 13 Feb. – Penyertaan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan sebagai `membimbangkan’. Ahli Parlimen DAP dari Klang, Charles Santiago berkata, Pakatan Harapan (PH) tidak sepatutnya menerima masuk individu kontroversi seperti beliau yang pernah menimbulkan polemik berkaitan isu perkahwinan membabitkan mangsa rogol sebelum ini. “Saya difahamkan parti dalam PH akan berunding terlebih dahulu bila bercerita tentang menerima individu kontroversi daripada…