PARIT 12 Feb. – Kelulusan permit yang diberikan kerajaan negeri kepada sebuah syarikat untuk menjalankan pembangunan ladang hutan seluas 400 hektar di dua kawasan di daerah Kinta dibuat berdasarkan kepada ulasan oleh jabatan berkaitan. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pemilihan itu juga dilakukan setelah melihat profil dua pengarah syarikat tersebut yang mempunyai pengalaman luas dalam penanaman semula ladang hutan selain diyakini mampu menjalinkan kerjasama baik dengan Jabatan…