Kehadiran Suarez tak gugat kedudukan Ozil - Utusan Malaysia

Kehadiran Suarez tak gugat kedudukan Ozil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 2 Feb. – Jurulatih Arsenal, Unai Emery berpendapat kehadiran Denis Suarez mampu memberikan impak besar kepada Mesut Ozil dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini.

Suarez menyertai Arsenal secara pinjaman daripada Barcelona pada Khamis dan pemain tengah itu kembali ke kancah Liga Perdana Inggeris selepas dua tahun bersama Manchester City sejak 2011.

Kata Emery, kehadiran Suarez juga tidak akan mengurangkan peluang Ozil untuk beraksi dalam kesebelasan utama Arsenal begitu juga posisi sebagai kapten.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia tidak mengubah apa-apa buat Ozil. Suarez hadir ke kelab kerana kami memiliki masalah di bahagian sayap, kami tidak memiliki pemain yang boleh beraksi di bahagian kanan atau kiri dan kerana itu khidmatnya diperlukan.

“Saya berasakan segalanya jelas, anda semua mengeluarkan isu ini (kapten) setiap minggu, kami memiliki empat kapten, saya tidak tahu sama ada anda hadir ke sidang media sebelum ini tetapi saya akan mengulanginya,” kata Emery.

Sementara Ozil yang hanya membuat penampilan 13 kali dalam kesebelasan utama Arsenal musim ini dilihat bergelut untuk mendapatkan keserasian dengan corak permainan diterapkan oleh Emery.

Pada Isnin ini pemain berusia 25 tahun itu mungkin melakukan penampilan sulung bersama Arsenal menentang penyandang juara, Manchester City.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini