Kedah terajui Liga Super - Utusan Malaysia

Kedah terajui Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Feb.- Penampilan pertama penyerang baharu Petaling Jaya City FC, Safee Sali nyata gagal memberi impak besar apabila tunduk kepada Kedah 0-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Meskipun beraksi di laman lawan, Lang Merah seakan bermain di laman sendiri apabila mendapat sokongan lebih 11,000 penyokong hijau kuning yang memenuhi stadium tersebut.

Situasi itu nyata menyuntik semangat anak buah Aidil Sharin Sahak yang hanya memerlukan tujuh minit untuk membuka tirai jaringan menerusi tandukan Syahrul Azwari Ibrahim hasil lambungan kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar.

Empat minit sebelum babak pertama tamat, giliran penyerang dari Sepanyol, Fernando Rodriguez memanfaatkan umpanan Jonatan Bauman hasil serangan balas pantas bagi meletakkan pasukan pelawat selesa mendahului 2-0.

Bersambung babak kedua, Rodriguez hampir menggandakan jaringan buat Kedah namun tampanannya sekadar melintasi palang gol yang dikawal penjaga gol tuan rumah, Muhaimin Mohamad pada minit ke-50.

Kemenangan ini menyaksikan Kedah mengekalkan rekod tanpa kalah dengan tiga menang dan satu seri selepas mengharungi empat perlawanan Liga Super musim ini sekali gus menerajui takhta liga dengan mengumpul 10 mata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN