KUALA LUMPUR 11 Feb. – Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong mempersoalkan tindakan Setiausaha politik kepada Lim Guan Eng, Tony Pua untuk mempertimbangkan tindakan saman fitnah terhadap mana-mana pihak termasuk media yang mempertikaikan kredibiliti Menteri Kewangan itu sebagai akauntan profesional bertauliah. Ini kerana, menurutnya, keahlian Guan Eng dalam Persatuan Akauntan Australia (ASA) adalah bersifat sementara bagi menyertai modul dan peperiksaan untuk memenuhi syarat sebelum menjadi seorang akauntan.…










