TEMERLOH 24 Feb. – Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terpaksa menahan sakit dan mengalami detik mencemaskan selepas kaki kanannya tersepit pada lidi basikal di Kampung Padang Tenggala di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 11.22 malam semalam itu menyebabkan kaki kanan murid sekolah rendah itu mengalami kecederaan.
Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Temerloh, Mohd Rodzuan Omar berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian pada pukul 10.26 malam mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa.
“Sampai di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki tersepit kakinya pada lidi basikal bahagian depan.
“Tindakan operasi menggunakan playar untuk memotong lidi basikal tersebut dan berjaya dikeluarkan kaki kanak- kanak tersebut,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk rawatan lanjut. – UTUSAN ONLINE











