Kanak-kanak lima tahun meninggal dunia disyaki didera - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lima tahun meninggal dunia disyaki didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 21 Feb. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia disyaki menjadi mangsa dera bapa tirinya di Kampung Padang Rumbia, Pekan dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, mangsa, Muhammad Hafiz Abdullah dibawa oleh ibu kandung dan bapa tirinya ke klinik Padang Rumbia semalam dan disahkan meninggal dunia.

Katanya, pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat kesan cedera disyaki akibat penderaan iaitu kesan lebam baharu di dada, kesan dicucuh api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan dan luka-luka kecil baharu di bahagian kening kanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat kanak-kanak ini dibawa ke Hopital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dari Hospital Pekan hari ini bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

“Ibu kandung mangsa berusia 25 tahun dan bapa tirinya berusia 54 tahun ditahan bagi siasatan dalam kes ini,” katanya di sini hari ini.

Othman berkata, siasatan awal polis setakat ini mendapati ayah tiri mangsa mengaku ada memukul mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×