Kanak-kanak 2 tahun dijangkiti HIV melalui pemindahan darah - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 2 tahun dijangkiti HIV melalui pemindahan darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENNAI 20 Feb. – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disahkan menghidap HIV positif setelah menjalani pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan di Tamil Nadu, India.

Lapor The News Minute, bapa kanak-kanak malang itu, Vijay berkata, anaknya yang dilahirkan kurang berat badan itu dimasukkan ke Hospital dan Kolej Perubatan Coimbatore (CMCH) pada Julai tahun lalu kerana mengalami masalah jantung.

Katanya, kanak-kanak itu bagaimanapun dimasukkan semula ke hospital yang sama dua minggu yang lalu akibat komplikasi jantung.

“Selepas pemeriksaan, doktor memaklumkan yang anak saya dijangkiti virus HIV, saya tidak pernah membawa anak saya untuk mendapat rawatan di mana-mana hospital lain sejak dilahirkan,” katanya.

Vijay memberitahu, mangsa adalah pasangan kembar dengan seorang lagi anak lelakinya. Pemeriksaan yang dilakukan terhadap anak lelakinya itu bagaimanpun didapati negatif.

Dekan CMCH, Dr. Asokan bagaimanapun menafikan dakwaan bapa kanak-kanak itu dan memberitahu yang mangsa barangkali dijangkiti virus itu di hospital lain. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN