'Kamu tak patut jadi pengadil' - Utusan Malaysia

‘Kamu tak patut jadi pengadil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARDIFF 23 Feb. – Pengurus Cardiff City, Neil Warnock memberitahu pengadil, Simon Hooper dia tidak sepatutnya mengendalikan perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas pasukannya dibelasah 5-1 oleh Watford hari ini.

Jaringan hatrik Gerard Deulofeu menghukum skuad Bluebirds di depan penyokong mereka sendiri manakala dua lagi jaringan pelawat disempurnakan Troy Deeney.

Warnock bagaimanapun berang kerana Hooper enggan menghadiahkan penalti ketika pasukannya baru ketinggalan 0-1 dalam situasi yang cukup jelas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Josh Murphy dilihat dijatuhkan dalam kawasan penalti oleh Daryl Janmaat di hujung babak pertama, dan Watford mengambil kesempatan dengan menghukum tuan rumah pada separuh masa kedua.

Kekalahan ini menyebakan Cardiff kini hanya dipisahkan satu mata dari zon penyingkiran.

“Tiada siapa boleh memahaminya.

“Keputusan seperti itu mampu merubah perlawanan. Saya tidak faham mengapa ia (penalti) tidak diberikan.

“Ia bukan alasan kami dibolosi lima gol tetapi semua orang tahu, situasi itu telah merubah perlawanan,” kata Warnock kepada Sky Sports. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×