Kami boleh menang Liga Juara-Juara - Courtois - Utusan Malaysia

Kami boleh menang Liga Juara-Juara – Courtois

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM 13 Feb. – Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois percaya pasukannya mampu menjuarai Liga Juara-Juara buat kali keempat berturut-turut pada musim ini.

Madrid akan bertemu Ajax dalam aksi pertama pusingan kalah mati awal pagi esok (waktu Malaysia), berharap dapat menjulang trofi kejohanan tersebut buat kali kelima dalam tempoh enam tahun.

Bayern Munich dan Ajax sebelum ini pernah memenangi kejohanan berprestij di Eropah itu tiga kali berturut-turut namun Madrid berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara lima kali berturut-turut sekitar tahun 1950-an.

“Saya percaya kami boleh memenanginya buat kali keempat. Setiap tahun, jika anda tanya pasukan pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara, saya fikir mereka akan berkata Real Madrid. Kami pasukan yang bagus dengan pengalaman yang ada dan kami akan membuktikannya dengan menewaskan Ajax,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN