Kadar levi lanjutan pekerja asing turun - Utusan Malaysia

Kadar levi lanjutan pekerja asing turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Feb.- Kerajaan bersetuju agar kadar levi lanjutan bagi pekerja asing diturunkan buat sementara waktu untuk tempoh setahun berkuat kuasa 1 Mac ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu sebagai usaha bagi meringankan beban para majikan.

Katanya, kadar levi itu menyaksikan penurunan RM1,500 hingga RM4,000 bagi lima sektor iaitu pembuatan, perkhidmatan (restoran/pembersihan), pembinaan, pertanian dan perladangan.

“Bagi kadar levi lanjutan seperti mana ditetapkan dalam Belanjawan 2019 iaitu sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan adalah RM10,000 dan diturunkan kepada RM6,000.

“Manakala pertanian dan perladangan pula masing-masing turun daripada RM3,500 kepada RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, untuk pembantu rumah pula, levi sedia ada yang sama seperti sebelum ini dikekalkan tanpa perubahan.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, penurunan kadar levi itu merupakan satu lagi pilihan dan kelonggaran kepada industri.

Katanya, kerajaan prihatin terhadap cabaran dihadapi peniaga dan perusahaan dalam keadaan ekonomi global tidak menentu. 

“Kerajaan menerusi Belanjawan 2019 sebelum ini telah mengesyorkan agar majikan boleh melanjutkan tempoh perkhidmatan pekerja asing mereka yang melebihi 10 tahun, untuk tempoh tambahan tiga tahun, dengan menanggung pembayaran kadar levi bagi pekerja asing yang ingin dilanjutkan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN